PEMBIAYAAN LPPSA JENIS 4:
MEMBELI TANAH DENGAN TUJUAN MEMBINA RUMAH
PEMBIAYAAN LPPSA JENIS 4:
MEMBELI TANAH DENGAN TUJUAN MEMBINA RUMAH
Salah satu kelebihan pembiayaan LPPSA ialah Institusi Kewangan ini menyediakan pembiayaan sekiranya anda ingin membeli tanah. Namun demikian, terdapat beberapa garis panduan atau syarat yang perlu diteliti bagi pembelian tanah menggunakan pembiayaan LPPSA termasuklah:-
1. Suratan Hakmilik/Geran mestilah berstatus Individu.
2. Pembelian tanah terhad kepada satu lot saja.
3. Jumlah pembiayaan LPPSA yang dipohon bagi pembelian tanah mestilah tidak melebihi 50% daripada kelayakan maksimum pemohon.
4. Tanah yang ingin dibeli mestilah sesuai untuk pembinaan rumah dan tiada sebarang binaan seperti kediaman, dewan, pondok dll di atas tanah berkenaan.
5. Jika tanah berkenaan masih tergadai kepada mana-mana Institusi Kewangan, jumlah baki hutang Penjual mestilah dalam lingkungan kelayakan maksimum (50%) pemohon.
JAWAPAN: Ya, pembelian tanah berstatus pertanian adalah dibenarkan tertakluk kepada KTN 1965 bagi tanah di Semenanjung Malaysia, Ordinan Tanah Sabah (Sabah Cap 68) bagi tanah di Sabah dan Kanun Tanah Sarawak 1958 bagi tanah di Sarawak serta syarat dan peraturan Pejabat Tanah dan Galian peringkat Negeri.
JAWAPAN: Tanah berkenaan boleh dibeli melalui pembiayaan LPPSA dengan syarat kesemua penama mestilah bersetuju untuk menjual keseluruhan bahagian kepada pemohon. Katakan terdapat 4 orang penama dalam geran dengan pecahan bahagian 1/4 masing-masing. Maka, keempat-empat penama perlu bersetuju untuk memindahmilik/menjual 1/1 bahagian tanah kepada pemohon.
JAWAPAN: Maka, proses pecah geran perlulah dilakukan terlebih dahulu sebelum memulakan permohonan pembiayaan LPPSA.
JAWAPAN: Pembiayaan LPPSA bagi membeli tanah dan membina rumah di atas tanah yang sama akan dikira sebagai satu kali pembiayaan. Ingat tak sewaktu kami kata kelayakan pembiayaan membeli tanah hanya 50% daripada kelayakan maksimum pemohon? Inilah sebabnya, kerana LPPSA simpan lagi 50% untuk anda membina rumah di atas tanah berkenaan.
JAWAPAN: Tidak boleh, permohonan membeli tanah dan membina rumah perlulah dilakukan secara berasingan. Maksudnya, pemohon perlu membuat permohonan pembiayaan membeli tanah terlebih dahulu dan setelah bayaran bulanan pembiayaan membeli tanah telah bermula, barulah pemohon boleh teruskan dengan permohonan pembiayaan membina rumah.
Semoga bermanfaat, sebarang teguran terhadap apa-apa kesilapan dalam penulisan saya amat dihargai :)
Sekiranya anda sudah menjumpai rumah atau tanah pilihan tapi masih belum uruskan permohonan pembiayaan perumahan atau masih mencari peguam, anda amat dialu-alukan untuk menghubungi kami. Kami akan membantu anda bermula daripada proses awal permohonan pembiayaan sehinggalah tamat urusan Jual Beli Hartanah.